Thursday, 23 February 2012
Sunday, 19 February 2012
Saturday, 18 February 2012
Biografi Tuan Guru Ann Rosly Bin Hamzah
Persatuan Seni Gayang Lima Daerah Kemaman telah
diasaskan oleh Tuan Guru Ann Rosly Bin Hamzah secara rasminya pada tahun 2008. Bermula
dengan minat yang mendalam semenjak dari kecil lagi, perjalanan perguruan seni
silat beliau bermula pada tahun 60an di mana Beliau mula mempelajari Seni Silat
Gayung dengan arwah Tok Penghulu Muda Dungun yang juga merupakan anak Pok Soh
Gupal (Jusoh Kumpal).
Kemudian,pada tahun 70an setelah tamat perguruan Seni Silat
Gayung, Beliau mendalami lagi ilmu
persilatan yang ada dengan mempelajari Seni Silat Pongok dengan arwah datuknya iaitu Pok Ngoh Ali Tanjung yang juga
merupakan anak murid Guru Pok Mbet Dungun.
Setelah beberapa tahun menamatkan perguruan Seni Silat Pongok,
Beliau kemudiannya merantau ke bumi Mersing, Johor pada tahun 1976. Di sana beliau
berkecimpung pula dengan Seni Silat Lian di mana bapa saudaranya sendiri adalah
gurunya iaitu Ayah Cik Mat D.O yang menetap di Sri Lalang, Mersing.
Guru Ayah Cik Mat D.O. merupakan rakan seperguruan dengan
'Cu Aman' atau Abd Rahman bin Awang Chik yang mana mereka berdua ini merupakan
anak murid Pok Teh Mat Yassin. Di bumi Mersing ini juga, Tuan Guru Ann Rosly
Bin Hamzah melanjutkan lagi kemahiran Seni Silat Lian dengan Cikgu Hamzah di
Kampung Tanjung Genting dan seterusnya menamatkan perguruan Seni Silat Lian ini
dengan Pok Anjang Ibrahim di Pontian Rompin, Pahang.
Setelah Beliau diberi pentauliahan perguruan Seni Silat
Lian, satu pertemuan dengan seorang
sahabat lama iaitu 'Alias Driver School' yang juga merupakan seorang guru Seni
Silat Lian aliran Pok Long Mat Yasin yang juga dikenali sebagai Pertubuhan
Gayang Lima. Dengan arwah ‘Alias Driver School’, Beliau melanjutkan lagi
kemahiran Seni Silat Liannya sehingga mendapat tauliah.
Maka dengan ini tertubuhlah Persatuan Seni Gayang Lima
Daerah Kemaman dengan keahlian yang amat memberangsangkan . Pada tahun 2009, Beliau
telah dianugerahkan tauliah sebagai seorang guru oleh Menteri Besar Terengganu dan juga
pentauliahan oleh Persatuan Silat Daerah Kemaman (Persik) pada tahun 2012.
Subscribe to:
Comments (Atom)

